SEKADAR PERINGATAN
* Kita akan jadi berdasarkan apa yang kita makan.
* Pemakanan boleh mempengaruhi iman dan ibadat seseorang.
* Sekiranya tidak khusyuk solat, semaklah pemakanan dan sumber pemakanan.
* Sekiranya anak nakal, jangan menyalahkan mereka semata-mata, sebaliknya telitilah makanan dan sumber rezeki yang macam manakah yang ibu bapa berikan kepada mereka.
* Makanan yang berkat akan mendekatkan kita kepada Allah.
* Syariat tidak mendatangkan keimanan, sekiranya makanan yang kita makan itu hasil daripada sumber yang syubhah atau haram.
* Pemakanan berkait rapat dengan pembersihan hati dan menjauhkan kita daripada api neraka.
* Mereka yang menjaga pemakanan lebih mudah menerima ilmu seperti menghafaz al-Quran, mempunyai akhlak terpuji dan sebagainya.
No comments:
Post a Comment